Home » Citra Yadim » Makanan siap dimasak, ikan tilapia segar untuk 29 keluarga asnaf

Makanan siap dimasak, ikan tilapia segar untuk 29 keluarga asnaf

SIJANGKANG – Hasil konsisten dan komited menyantuni mereka yang memerlukan, telah menarik perhatian seorang penternak ikan tilapia turut sama dalam gerak kerja dakwah Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.

Bertempat di kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 6 Ogos telah menyampaikan sumbangan ikan tilapia segar dan makanan bermasak kepada 29 keluarga asnaf di sini.

Ikan tilapia berkenaan adalah sumbangan seorang penternak ikan di sini, Puan Sainah Osman.

Selain keluarga anak yatim dan ibu tunggal, turut menerima sumbangan SAY Kuala Langat ialah dari golongan Orang Kelainan Upaya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Lebih banyak program menyantuni golongan yang memerlukan telah diatur SAY Kuala Langat pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *