JOHOR BAHRU – “Ye bang, dah dapat saya baru siap nak masak sebab tak makan nasi dari semalam makan lempeng…. “Terima kasih banyak bang”.
Demikian mesej diterima oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah selepas menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM.
Selepas menghubungi TeleBantuan YADIM pada 5 Julai, YADIM Johor segera bertindak menyampaikan bantuan awal kepada pengadu pada hari yang sama.
Terkini pada 6 Julai, hasil daripada kunjungan YADIM, rakan badan bukan kerajaan Inspirasi Negaraku terpanggil membantu mereka. Keduanya berkunjung ke rumah keluarga tersebut di Taman Century di sini.
Sedikit bantuan disampaikan YADIM manakala Inspirasi Negaraku menyampaikan lampin pakai buang dan susu.
Pendapatan ketua keluarga ini hanya bergantung kepada gaji hari di sebuah pusat mencuci kenderaan, namun ia kini tidak dibuka lagi. Isterinya pula sebelum ini bekerja di Singapura namun apabila Covid-19 melanda, dia diberhentikan.
KOMEN