Home » Citra Yadim » Majlis Zikir Perdana

Majlis Zikir Perdana

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Johor dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri ini telah mengadakan kerajasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertma) menganjurkan Majlis Zikir Perdana bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, pada 10 November lalu.

Program telah dimulakan pada sebelah petang selepas solat asar den gan Forum Tarekat-tarekat yang membabitkan pelbagai tarekat di Johor seperti Alawiyah, Khawjakan, Naqsabandiah Qadiriyah, Naqsabandiah Khailiyah, Shattariyah, Shadiliah Darqowiyah, Shadiliah al-Qawuqjiyah dan Ahmadiyah Qadiriyah.

Majlis Zikir Perdana ini diteruskan selepas solat Maghrib dengan ucapan daripada Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad dan ucapan perasmian daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan ratib Al-Attas oleh pimpinan para habaib Johor, qasidah dan tausiyah oleh Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin dan Habib Syed Ali Zaenal Abidin al-Hamid.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *