Home » YADIM MADANI » Majlis Silaturrahim Saudara Kita & Musaadah Madani YADIM

Majlis Silaturrahim Saudara Kita & Musaadah Madani YADIM

YADIM Negeri Sarawak memulakan Program Dakwah Negara 2024 untuk negeri berkenaan dengan Majlis Silaturrahim Saudara Kita dan Musaadah Madani YADIM pada 31 Ogos.
Program di Masjid Darul Iman, Bau itu menyantuni seramai 80 orang peserta daripada kalangan saudara kita sekitar Bau.
Dijayakan dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Daerah Bau, Jabatan Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dan Masjid Darul Iman, program dimulakan dengan dengan dua slot ceramah bertajuk ’Penghayatan Syahadah Dalam Kehidupan’ dan ’Apa Ertinya Saya Seorang Islam’ oleh Penolong Pegawai YADIM Negeri Sarawak, Ustaz Zamri Bali.
Pengerusi Urusetia Saudara Kita Daerah Bau, Encik Mohd Ismail bin Abdullah seterusnya telah menyampaikan ucapan aluan untuk program ini sebelum Pengarah YADIM Negeri Sarawak memberi sepatah dua kata.
Seterusnya, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH, Haji Alwi Haji Morshidi telah menyempurnakan perasmian program.
Ujar beliau, program ini merupakan langkah positif dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat sepertimana yang digagaskan dalam salah satu prinsip Malaysia Madani iaitu, untuk melahirkan kesejahteraan dalam masyarakat selain bertepatan pula dengan nilai ihsan.
Sumbangan yang telah disediakan oleh YADIM ini diharap akan membantu meringankan beban dan menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya.
Hadir sama ialah Pegawai Agama Islam Bahagian, Jabatan Agama Islam Bahagian Kuching, Ustaz Helmi Nahrawi, Penghulu Masyarakat Melayu Daerah Bau, Penghulu Wahab Haji Mainol serta ahli-ahli jawatankuasa Masjid Darul Iman.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *