YADIM Negeri Terengganu turut tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Harmoni Sempena Tahun Baru Cina 2025.
Ia dijayakan dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Terengganu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia Negeri Terengganu yang disertai 160 orang tetamu termasuk rakan-rakan bukan Muslim.
Selain jamuan dan cabutan bertuah, tetamu yang hadir turut diberi pengisian Sesi Dialog Harmoni bertajuk ‘Harmoni Masyarakat Malaysia’.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Johari Abdullah telah menyempurnakan program ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Negeri Terengganu, Datin Norhana Ng Abdullah, Dato’ Dr. Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi sebagai ahli panel, kakitangan YADIM Negeri Terengganu serta wakil daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dan Masjid Abidin.
KOMEN