BACHOK – Siri perjumpaan antara pengurusan YADIM Kelantan dan Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini diteruskan dengan perjumpaan bersama ahli SAY Bachok pada 6 Februari.
Majlis perjumpaan ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2022.
Turut dibincangkan ialah usaha usaha bagi menambah ahli baru untuk SAY Bachok.
Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang.Turut hadir ketua SAY Bachok, Ustaz Mohd Rosdi Abdul Samad dan Setiausaha SAY Bachok, Ustazah Norhayati Ibrahim.
KOMEN