Home » Citra Yadim » Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H

WARNA Warni Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H Bersamaan 2024 yang turut disertai kontinjen YADIM pada 7 Julai.
Segak dan ayu berpakaian serba magenta, YADIM yang menghantar seramai 25 pegawai dan kakitangan, menyertai 118 lagi kontinjen yang memeriahkan sambutan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Tidak ketinggalan ialah Yang Dipertua badan dakwah ini, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Lebih 4,500 peserta memenuhi dewan penganjuran program dalam sambutan ini yang bertujuan memperingati peristiwa penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Dalam majlis ini, mantan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M manakala Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pula dianugerahkan kepada Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah itu berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.
Sementara itu majlis tahun ini yang bertemakan ’Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’, merupakan manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW adalah sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *