SEKITAR Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Malaysia (UM) pada 12 Febuari.
Majlis ini adalah bagi meraikan pimpinan RSY UM sesi 2025/2026 yang baharu dilantik bertempat di Dewan Gemilang Kursiah, Kolej Kediaman Ketiga UM bagi memberi ruang mereka menerajui RSY di unversiti berkenaan.
Ia telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Shahrizal Mat.
Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan organisasi serta gerak kerja YADIM selain mengariskan peranan RSY sebagai ejen dakwah kepada pimpinan baru RSY UM sesi 2025/2026.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengetua Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Roshidan Hassan. Hadir sama mewakili YADIM ialah Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi dan Encik Ridhwan Hussin.
KOMEN