KUALA LUMPUR 13 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Malaysian Takaful Assosiation (MTA) hari ini menganjurkan Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Celik Muamalah Umbrella Award 2016 bertempat di Dewan Persada Mutiara, Felda Villa, Kuala Lumpur. Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dr. Yusri Mohamad, Yang Dipertua YADIM.
Hadiah –hadiah kepada para pemenang ialah :
JUARA
Wang tunai berjumlah RM3,000.00 beserta trofi
TEMPAT KEDUA
Wang tunai berjumlah RM2,000.00 beserta trofi
TEMPAT KETIGA
Wang tunai berjumlah RM1,000.00 beserta trofi
Tujuan program ini diadakah ialah sebagai usaha untuk mempromosikan dan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai muamalah Islam. Program ini telah bermula pada 18 April 2016 dan ditutup pada 8 ogos 2016 yang lalu.
Tagline bagi pertandingan ini ialah #sediakanpayungsebelumhujan dan sasarannya ialah golongan belia dan mahasiswa IPTA/IPTS/Kolej dan Institut pengajian di seluruh Malaysia.
Pertandingan ini terbuka sama ada secara individu atau berkumpulan (tidak lebih 5 orang). Jangka masa (durasi) bagi setiap video pendek adalah tidak melebihi lima (5) minit dan berbentuk dokumentari, iklan atau mesej kemasyarakatan. Fokus topik untuk pertandingan ini ialah Takaful sebagai tema utama pertandingan.
Produksi video pendek ini adalah karya asal para peserta dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festival filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Antara objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran celik takaful dalam kehidupan masyarakat di Malaysia serta memperkembangkan idea kreatif dan kritis generasi Y dan Z dalam industri kewangan Islam. Selain itu program ini juga dapat melahirkan tekno-daie bagi memperluaskan dakwah dalam dunia yang semakin mencabar.
Pertandingan ini adalah merupakan inisiatif Bahagian Muamalah YADIM bagi mendidik masyarakat supaya celik muamalah dan secara langsung menjadi salah satu cabang program Celik Muamalah 2016 yang turut merangkumi Simposium Muamalah Islam, Kembara Muamalah Masjid dan Kursus Muamalah Milenia.
Pada tahun ini, YADIM bersama – sama Malaysian Takaful Assosiation (MTA) bergerak merealisasikan satu wadah kreatif bagi menggalakkan generasi muda menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam disamping dapat menambah ilmu pengetahuan.
KOMEN