SENAWANG – Dalam satu majlis ringkas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan telah menyantuni penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina di sini pada 19 April.
Seramai 10 anak di pusat jagaan itu menerima sedikit sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini.
Hadir ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Hassanal Haris.
Turut hadir ialah Pengerusi Sukarelawan Al Baasith, Khairul Nizam, Pepatih Truckers, Khairul Azri serta Mohd Isa Sulaiman dan wakil Penjara Seremban, En MD Noor Saim.
KOMEN