Home » Citra Yadim » Majlis Apresiasi dan Tamat Latihan Daie Muda YADIM 2020

Majlis Apresiasi dan Tamat Latihan Daie Muda YADIM 2020

PUTRAJAYA – Seramai 21 orang pelatih Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) Siri 2 diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Tamat Latihan Daie Muda YADIM 2020 di sini pada 9 Julai.

Selepas menjalani latihan bermula Mac lalu, mereka kini memasuki fasa seterusnya dengan 10 pelatih dipilih untuk menjalani program intensif di stesen TV Al Hijrah.

Menerusi kerjasama dengan stesen berkenaan kelak, mereka yang terpilih akan diberi pendedahan khususnya tentang berdakwah menggunakan medium penyiaran.

Para pelatih DMY yang menamatkan program ini adalah seramai 21 orang, dan menjalani latihan meliputi bidang Sahsiah, Kemahiran dan Pengetahuan selama 4 bulan.

Penganjuran DMY mendapat kerjasama beberapa rakan strategik antaranya seperti TV Al Hijrah, Universiti Multimedia, Hidayah Centre, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan beberapa organisasi lagi.

Antara yang hadir ke majlis ini ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, pengurusan tertinggi badan dakwah ini serta wakil wakil rakan strategik.

Dalam pada itu Nik Omar ketika ditemui media berkata, Covid-19 merupakan antara cabaran utama yang dihadapi YADIM dalam melatih DMY sesi ini.

Menurut beliau, penularan Covid-19 memaksa pihaknya mengubah beberapa program yang dijadualkan sebelum ini dilapangan kepada bentuk dalam talian.

Tambah beliau, setiap pelatih DMY siri ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan beliau yakin mereka akan dapat memberi sumbangan sebaiknya di mana mana agensi atau pihak yang memilih mereka.

Menyentuh mengenai perancangan sesi ketiga kelak, Nik Omar berkata pemilihan dirancang diadakan lebih awal, agar urusetia mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan tapisan.

Kandungan latihan seperti yang melibatkan hubungan antara kaum yang kini terkandung dalam salah satu modul juga akan ditambah baik, ujar beliau.

Pihaknya juga akan buat post mortem untuk sesi ini, bagi menambah baik modul akan datang.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *