Home » Langit Terbuka » MAIWP peruntuk RM480,000 raikan pesakit, petugas HKL, HTA

MAIWP peruntuk RM480,000 raikan pesakit, petugas HKL, HTA

Syed Kamarulzaman (empat kanan) dan Dr. Rohana (lima kanan) bergambar bersama sebahagian penerima sumbangan Program Rahmah Ramadan MAIWP : Majlis Sumbangan Kepada Pesakit Dan Petugas Barisan Hadapan, yang terdiri daripada para pesakit dan petugas barisan hadapan HKL dan HTA, hari ini. Foto AMARULLAH ZAINUZZAMAN

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM480,000 bagi menjayakan Program Rahmah Ramadan MAIWP : Majlis Sumbangan Kepada Pesakit Dan Petugas Barisan Hadapan, hari ini.

Pengerusinya, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, ia antaranya melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM150 kepada 1,500 orang pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) dengan peruntukan sebanyak RM225,000.

Pengerusinya, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, ia bukti keprihatinan kerajaan melalui agensinya meraikan Ramadan dengan mereka yang memerlukan.

“Sumbangan ini bukan kepada pesakit beragama Islam sahaja, bahkan bukan Islam juga tanda keprihatinan MAIWP kepada masyarakat berbilang kaum dan bangsa.

“Setiap tahun MAIWP sentiasa meraikan Ramadan bersama pesakit-pesakit hospital di sekitar Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan program berkenaan di Auditorium HKL, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, sumbangan 17,000 unit bantuan pek makanan Ramadan turut diberi kepada petugas barisan hadapan melibatkan peruntukan sebanyak RM255,000.

“Ia melibatkan pelbagai agensi seperti petugas sektor perubatan melalui Yayasan Kaseh Kanser Dan Kronik (YKKK),” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

“Tanpa komitmen para pembayar zakat sudah tentu program bantuan seperti ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum.

“Semoga segala usaha ini dibalas ganjaran pahala di sisi Allah SWT,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datin Paduka Dr. Rohana Johan turut berterima kasih kepada MAIWP di atas inisiatif berkenaan.

“Usaha begini bukan sahaja beri makna besar kepada para pesakit tetapi juga suntikan motivasi kepada petugas kesihatan.

“Terima kasih MAIWP yang setiap tahun pada Ramadan tidak lupa beri sumbangan kepada golongan ini,” ujarnya. – habis

“MAIWP sentiasa prihatin kepada golongan ini dan sangat saya hargai ,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *