Home » Langit Terbuka » MAIWP peruntuk RM1.6 bilion tahun 2024

MAIWP peruntuk RM1.6 bilion tahun 2024

Mohd Daud bercakap pada sidang media mengenai Bajet MAIWP untuk Tahun 2024 di Menara MAIWP, Kuala Lumpur, 21 Dis 2023. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun hadapan bagi memperkukuhkan pembangunan umat Islam di wilayah berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar susulan daripada peningkatan pendapatan MAIWP pada tahun 2024 yang dianggarkan mencecah RM1.39 bilion iaitu peningkatan pada kadar 9 peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM1.28 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, RM1.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan agihan manakala RM215.1 juta untuk perbelanjaan mengurus manakala RM85.4 juta disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan (tahun 2024) ini merupakan peningkatan pada kadar 1.31 peratus berbanding RM1.4 bilion pada tahun 2023,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar ‘Bajet 2024: Melestari Rahmah Madani’ di sini pada Khamis.

Tambah Mohd Daud, kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang besar itu berjaya dilaksanakan oleh MAIWP hasil daripada komitmen para pembayar zakat di dalam dan luar Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *