Home » Langit Terbuka » Maiwp, Jawi ambil tindakan penguatkuasaan sesuai terhadap GISBH

Maiwp, Jawi ambil tindakan penguatkuasaan sesuai terhadap GISBH

IBU Pejabat GISBH di Rawang (gambar fail). FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Pengerusi Maiwp Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, pihaknya mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) [Akta 505].

“Bidang kuasa itu adalah untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkaitan semua perkara berhubungan agama Islam di Wilayah Persekutuan kecuali perkara menyentuh hukum syarak dan pentadbiran kehakiman syariah.

“Aktiviti dijalankan GISBH dikaitkan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Al-Aqram yang pernah difatwakan sebagai amalan bercanggah akidah Islam melalui penyiaran fatwa dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mei 2007.

“Dalam hal ini, Maiwp bekerjasama dengan Jawi mengenai tindakan penguatkuasaan sesuai boleh dikenakan terhadap GISBH selaras peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] atau perundangan lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Maiwp sentiasa komited untuk bertindak dan sedia membantu agensi kerajaan persekutuan dan negeri dalam menangani isu membabitkan GISBH.

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Razarudin dipetik berkata, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Susulan kes itu, katanya, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.

Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, pihak polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Menurutnya, modus operandi GISBH berdasarkan risikan dan kenyataan mangsa mendapati mangsa diajar, dididik untuk meliwat seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain.

Katanya, terdapat juga kanak-kanak yang didera menggunakan objek seperti sudu yang panas sebagai bentuk hukuman apabila anak-kanak terbabit melakukan kesilapan.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *