Home » Langit Terbuka » MAIWP harap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diperluas ke negara Komanwel

MAIWP harap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diperluas ke negara Komanwel

MAIWP akan mengambil kesempatan mengetengahkan konsep Rahmatan Lil Alamin semasa lawatan kerja Setiausaha Agung Komanwel ke Malaysia pada 9 Februari ini.- Foto MAIWP

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhasrat meluaskan pemahaman konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk semua) di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Komanwel.

Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata pihaknya akan mengambil kesempatan mengetengahkan perkara itu ketika lawatan kerja Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland ke Malaysia pada 9 hingga 15 Feb ini.

“MAIWP telah menjemput beliau ke Malaysia sebagai usaha mengantarabangsakan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’. Saya harap lawatan ini bukan sekali sahaja.

“Saya berharap menerusi lawatan beliau, konsep ini akan dapat dikembangkan di kesemua 54 negara Komanwel,” katanya pada sidang media mengenai lawatan kerja Scotland itu di sini, pada 5 Februari.

Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ menekankan elemen keamanan dan kemakmuran serta memberikan kebaikan kepada semua.

Scotland dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta menghadiri seminar ‘Faith in the Commonwealth’ di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu di ibu negara dan melawat tempat Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 1989 di Langkawi, Kedah.

Scotland merupakan Setiausaha Agung Komanwel keenam dan wanita pertama yang menyandang jawatan itu.- Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *