KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited untuk menjadi organisasi ejen perubahan dan kemajuan khususnya negeri Perlis, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, majlis itu sebagai badan induk yang mengurus dan mentadbir hal ehwal Islam negeri akan memastikan hala tujunya tidak tersasar malah sentiasa utuh dan berwibawa untuk memenuhi aspirasi ummah.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa melancarkan Pelan Hala Tuju MAIPs 2018 bersempena program Hijrah Minda Mingguan MAIPs di Padang Katong, Kangar semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nasib Mohd Noor pula berkata, MAIPs menetapkan tema “Menjana Kemajuan” sebagai sasaran pencapaian bagi tahun 2018 dan telah mengenal pasti enam teras utama bagi mencapainya.
Katanya, teras tersebut ialah Peningkatan Agihan Manfaat, Peningkatan Kutipan Hasil, Pewujudan  Mercu Tanda, Pengiktirafan dan Penarafan, Kegemilangan Antarabangsa dan Pengukuhan Organisasi dan Turun  Padang. – Bernama
KOMEN