Home » Langit Terbuka » Maimunah dilantik Penolong Setiausaha Agung PBB

Maimunah dilantik Penolong Setiausaha Agung PBB

MAIMUNAH MOHD. SHARIF mengangkat sumpah dihadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres di ibupejabat PBB di New York, Amerika Syarikat dalam status yang dimuatnaik beliau menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Maimunah Mohd. Sharif mengangkat sumpah sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pagi tadi.

Menerusi akaun Twitternya, beliau dilaporkan mengangkat sumpah dihadapan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres di ibupejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada 30 Januari pukul 2.00 petang waktu tempatan atau 31 Januari pukul 3.00 pagi waktu Malaysia.

Dalam masa sama, beliau turut mengangkat sumpah jawatan Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang dijawatnya sejak 1 Januari lalu.

Disember lalu, Maimunah mendapat sokongan sebulat suara dalam perhimpunan agung pertubuhan itu bagi jawatan Pengarah Eksekutif yang menjadikannya sebagai wanita Asia pertama menjawatnya.

Perlantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif menggantikan bekas Datuk Bandar Barcelona, Joan Clos yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu secara rasmi. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *