Home » Langit Terbuka » Mahkamah Syariah wajar dihormati

Mahkamah Syariah wajar dihormati

Mufti Kelantan berkata, fahaman songsang liberal boleh merosakkan akidah dan memudaratkan umat Islam

KOTA BHARU – Tindakan hukuman sebat yang dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke atas dua wanita, masing-masing berumur 32 dan 22 tahun, baru-baru ini seharusnya tidak dipertikaikan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia keputusan mahkamah yang perlu dihormati seperti mana prosedur dijalankan oleh mahkamah sivil.

“Tindakan rotan oleh mahkamah sivil jauh lebih keras berbanding mahkamah syariah tetapi tiada pertikaian berlaku, malah tindakan pertikai hukuman yang ditetapkan dianggap menghina mahkamah.

“Kenapa tindakan mempertikai hukuman mahkamah syariah tidak dilihat dalam pandangan sama,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan barisan Kabinet hari ini yang disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama yang bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan.

Mengulas lanjut Mohamad Shukri berkata tidak wajar berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini, apatah lagi tindakan itu bertujuan memberi keinsafan kepada pesalah dan pengajaran kepada masyarakat lain.

“Memang setiap orang bebas bersuara tetapi kita harap dalam era Malaysia Baharu ini fikiran kita berubah terhadap nilai Islam di negara ini,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *