Home » Langit Terbuka » Mahkamah KL Jadi Tumpuan Warga Media Kes Najib Seleweng Dana SRC International

Mahkamah KL Jadi Tumpuan Warga Media Kes Najib Seleweng Dana SRC International

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini, menjadi tumpuan puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa, buat kali pertama bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes penyelewengan dana SRC International bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seawal 6.00 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media antaranya sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah.

Tinjauan mendapati, setakat ini media tidak dibenarkan masuk di perkarangan kompleks mahkamah dan dikawal ketat oleh polis di sini.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang.

Najib ditahan berkaitan kes penyelewengan dana berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Menurut sumber, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1477066

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *