SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan.
Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan.
“Maaf Encik, abang keluar, cuba cari duit, saya Munirah isterinya”.
“Alhamdulillah, bila semalam YADIM telefon saya rasa bersyukur sangat kerana doa saya diperkenankan Allah”.
“Teruk sikit sekarang, sejak PKP suami tiada pekerjaan, keperluan dapur pun tinggal sedikit, dapat bantuan ini rasa bersyukur sangat,”ujar isteri pemohon kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ketika ditemui di sini pada 12 Ogos.
Semoga dipermudahkan untuk keluarga kecil ini.
Keluarga Mohd Helmi ini antara tujuh penerima TeleBantuan YADIM yang disantuni di kawasan ini.
KOMEN