Home » Langit Terbuka » Liga Dunia Islam pembekal makanan halal Olimpik Jepun

Liga Dunia Islam pembekal makanan halal Olimpik Jepun

Mohammed Abdul Karim Al-Issa (tengah) bersalaman dengan wakil dari Jepun selepas menandatangani perjanjian pembekalan makanan halal. - Agensi

JEDDAH 18 Mac – Liga Dunia Islam (MWL) menandatangani perjanjian dengan Jepun sebagai pembekal eksklusif makanan halal sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan diadakan di negara tersebut.

Perjanjian tersebut dimeterai antara Setiausaha Agung MWL yang juga Presiden Pertubuhan Halal Islam Antarabangsa, Mohammed Abdul Karim Al-Issa dengan Penasihat Khas Perdana Menteri Jepun, Mitsuhiro Miyakoshi dan Putera Hiroyoshi, sepupu Maharaja Jepun, Akihito.

Melalui perjanjian, MWL juga dipilih sebagai pembekal utama makanan halal di Jepun dengan hak untuk mengawal selia makanan halal dan perkhidmatan mengikut standard tertinggi dengan kerjasama negara berkenaan.

Menurut laporan portal Arab News, MWL akan bertanggungjawab menganugerahkan sijil kepada produk dan perkhidmatan mengikut standard halal dan kebersihan sebelum sampai kepada pengguna.

Selain itu, liga berkenaan juga akan mengeluarkan sijil halal kepada produk yang dikhususkan untuk masyarakat Islam di Jepun dan yang akan dieksport ke luar negara terutama ke negara Arab dan negara Islam lain. – AGENSI

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *