Home » Langit Terbuka » LHDN ‘berhutang’ RM10 bilion dengan rakyat?

LHDN ‘berhutang’ RM10 bilion dengan rakyat?

Jika jumlah yang perlu dikembalikan itu benar, ia akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan yang tentunya akan turut memberi kesan kepada ekonomi negara

KUALA LUMPUR – Selepas RM19.2 bilion bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan perlu dikembalikan kepada rakyat kini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula dikatakan berhutang dengan rakyat sebanyak RM10 bilion.

Menurut sumber, angka itu merupakan jumlah lebihan potongan cukai pendapatan berjadual yang perlu LHDN kembalikan kepada pembayar cukai.

Tetapi sehingga kini lembaga itu masih gagal mengembalikan sepenuhnya lebihan bayaran itu kepada pembayar cukai.

Jika jumlah itu benar, ini akan mengurangkan lagi pendapatan kerajaan yang tentunya akan turut memberi kesan kepada ekonomi negara.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan di Parlimen sebanyak RM19.2 bilion duit GST perlu dikembalikan kepada rakyat.

Kata Guan Eng, tunggakan bayaran balik itu iekoran kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dalam pengurusan kewangan Negara. – Utusan

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *