PERTANIAN Menjadi tumpuan terbaharu Lembaran YADIM Sdn Bhd (LYSB) dalam usaha giatnya untuk mempelbagaikan bidang perniagaannya.
Menerusi kunjung hormat Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar Perak, Tuan Azlan Aminuddin pada 3 Oktober, LYSB menyatakan hasrat untuk memajak tanah milik Kerajaan Negeri Perak seluas 1,000 ekar bagi tujuan pertanian selama lima tahun.
Rundingan di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini dilihat positif, dan akan disusuli lagi selepas ini bagi membincangkan dengan lebih terperinci projek pertanian tersebut.
Turut hadir dalam kunjung hormat ini ialah Ahli Lembaga Pengarah LYSB, Profesor Dr. Shuib Sahudin.
Anak syarikat YADIM ini sebelum ini juga serius berusaha meneroka pelancongan sebagai salah satu usahanya untuk terus bersaing dalam perniagaan yang kian mencabar ketika ini.
KOMEN