Home » Langit Terbuka » Lembaga pengarah baharu TH mampu kembalikan kegemilangan

Lembaga pengarah baharu TH mampu kembalikan kegemilangan

Barisan anggota lembaga pengarah baru Tabung Haji seterusnya akan turut dapat memulihkan imej institusi itu daripada sudut perniagaannya pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri

MINA – Perlantikan empat anggota lembaga pengarah baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka dapat membantu mengembalikan kegemilangan institusi itu sebagai institusi yang disegani dan diyakini rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata barisan anggota lembaga pengarah ini seterusnya akan turut dapat memulihkan imej TH daripada sudut perniagaannya pada masa akan datang.

“Anggota-anggota lembaga pengarah (TH) yang baharu ini dilihat berpotensi untuk menjadikan TH sebagai institusi yang akan mengembalikan semula maruah (negara) dan menjadi kebanggaan kepada berpuluh ribu pendeposit TH,” katanya kepada media selepas melawat khemah jemaah haji Malaysia Muassasah di Arafah.

Barisan anggota lembaga pengarah baharu ini akan terus memulakan kerja-kerja pemulihan semula imej bersama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang dilantik baru-baru ini.

Mereka ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perakaunan Profesional Malaysia Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim. – Bernama

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *