Home » Langit Terbuka » Lelaki jubah putih sujud awal ketika solat sebab meninggal dunia

Lelaki jubah putih sujud awal ketika solat sebab meninggal dunia

SEBUAH video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tua meninggal dunia selepas lama bersujud.

Dalam kejadian di sebuah masjid di utara wilayah Aghwar, Jordan, itu, rakaman CCTV menunjukkan lelaki berkenaan yang memakai jubah putih sedang solat jemaah di saf paling hadapan.

Bagaimanapun ketika semua jemaah sedang berdiri menunaikan solat, dia telah bertindak sujud lebih awal dan tidak lagi bangun atau bergerak selama lebih dua minit, sehinggalah jemaah lain selesai menunaikan solat.

Selepas jemaah lain memberi salam menandakan selesai solat, mereka terus memeriksa keadaannya dan mendapati lelaki berkenaan telah meninggal dunia. – MSTAR

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *