Home » Langit Terbuka » Lelaki berisiko tinggi hidap kanser kolorektal

Lelaki berisiko tinggi hidap kanser kolorektal

Individu berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko tinggi menghidap Kanser Kolorektal berikutan pelbagai faktor seperti genetik, pemakanan, merokok, obesiti dan diabetes

 

KUALA LUMPUR – Jika kanser payu dara merupakan ancaman terbesar kepada golongan wanita, kaum lelaki pula terdedah kepada risiko Kanser Kolorektal (kanser pada bahagian usus besar (kolon) dan rektum), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata individu berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko tinggi menghidap kanser ini berikutan pelbagai faktor.

“Antaranya faktor genetik, gaya pemakanan, amalan merokok, obesiti dan juga penyakit diabetes, manakala kesedaran membuat saringan awal amat penting.

“Sekiranya mereka mempunyai simptom seperti perubahan dalam tabiat usus, darah dalam najis, susut berat badan dan juga anemia, disarankan agar ke hospital untuk mengesan puncanya,” katanya selepas melancarkan buku panduan amalan klinikal kanser kolorektal di Hospital Selayang, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan (MNCR), dianggarkan 35,000 hingga 40,000 kes kanser setiap tahun, manakala penghidap kanser kolorektal adalah kira-kira 13.2 peratus daripada jumlah tersebut. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *