Home » Langit Terbuka » Lebih ramai penggiat seni veteran akan dihantar menunaikan umrah – Rizal Mansor

Lebih ramai penggiat seni veteran akan dihantar menunaikan umrah – Rizal Mansor

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Lebih ramai penggiat seni terutama golongan veteran akan dihantar ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, kata Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor.

Katanya, Yayasan Perdana Ummah akan memastikan usaha ini berterusan susulan kejayaan menghantar seramai 23 penggiat seni antaranya Hamid Gurkha, Aida Agil, Baharuddin Kahar dan ramai lagi.

Jelas Rizal, kesemua 23 penggiat seni ini dihantar menunaikan umrah sejak 26 Januari lalu dan selamat kembali ke tanahair dua hari yang lalu.

“Selain itu, penggiat seni lain yang terlibat ialah Ibnor Riza, Sulaiman Yassin, Zaiton Sameon, Zaharah Mohd. Yacob atau Sahara Yaacob dan Zaleha Hamid.

“Alhamdulillah, program dengan kerjasama Yayasan Mustika Kasih itu berjaya memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan ibadah tersebut.

“Saya sempat berseloroh dengan Pak Hamid Gurkha dengan mengatakan akan memanggil beliau sebagai Pak Hamid Mekah selepas ini, sebagai ganti kepada gelarannya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal Mansor menyambut kepulangan 23 penggiat seni yang menunaikan umrah

Rizal Mansor menyambut kepulangan 23 penggiat seni yang menunaikan umrah

Hamid Gurkha dan Sulaiman Yassin antara 23 penggiat seni yang menunaikan umrah dibawah kelolaan Yayasan Perdana Ummah yang diterajui Datuk Rizal Mansor. – Gambar Ihsan Datuk Rizal Mansor

Sebelum ini Rizal dilaporkan berkata usaha menghantar selebriti ke Tanah Suci itu sebagai merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin memberi peluang kepada penggiat seni veteran menunaikan umrah.

Penggiat seni yang dihantar menunaikan umrah ini dipilih oleh satu jawatankuasa yang membuat penilaian berdasarkan segi kewangan, kemampuan fizikal dan tidak mempunyai larangan ke luar negara. ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *