PETALING JAYA – Putrajaya secara dasarnya bersetuju memberi lebih kelonggaran untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Kalau dulu dihadkan kepada 30 orang sahaja, tetapi tadi kita bersetuju berdasarkan keluasan masjid. Asalkan ada penjarakan sosial dalam masjid, maka tidak ada halangan untuk orang ramai melakukan solah secara berjemaah.
“Kalau masjid itu besar, seperti masjid di Putrajaya, kalau 1m penjarakan mungkin boleh sampai 200 hingga 300 orang, maka kadar itulah jemaahnya.
“Kita sebut secara dasarnya kerana setiap perkara berkaitan agama mesti dapat kelulusan raja-raja bagi peringkat negeri dan Yang di-Pertuan Agong jika melibatkan negeri tidak beraja.
“SOP ini hanyalah untuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan sahaja,” katanya dalam sidang media hari ini (6 Jun). – FreeMalaysiaToday
KOMEN