Home » Langit Terbuka » Lebih awal ke Tanah Suci

Lebih awal ke Tanah Suci

Gambar Hiasan

KUMPULAN pertama Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2018/1438H dijadualkan berlepas ke Tanah Suci mulai awal Julai ini.

Pengerusi Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, tahun ini, pihaknya ditawarkan slot penerbangan lebih awal iaitu KT2 dan KT3 berbanding slot pertengahan dan akhir pada tahun sebelumnya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, 1,200 orang terpilih menyertai program khas haji tahun ini berbanding 1,100 orang pada musim haji lalu.

“Tahun ini, bakal jemaah masih dipilih dalam kalangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK); imam; bilal; wakil badan bukan kerajaan (NGO); majlis guru besar; tok batin dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji di Putrajaya, hari ini.

Katanya, majlis penyerahan surat tawaran haji akan diserahkan kepada bakal jemaah pada 2 Februari ini di Masjid Putra, Putrajaya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jailani berkata, sejak dilancarkan pada 2011, 5,700 peserta mendapat manfaat daripada program khas haji berkenaan.

Menurutnya, sebagaimana tahun sebelumnya, kuota jemaah akan diisi separuh oleh imam dan sebahagian lagi kepada JKKK selain komuniti tok batin, bilal dan NGO.

“Berdasarkan kajian tidak rasmi, lebih separuh lagi komuniti imam dan JKKK di seluruh negara belum berpeluang menunaikan ibadah haji dan ia akan dipenuhi sepenuhnya pada tahun-tahun akan datang.

“Saya tidak boleh anggarkan berapa tahun ia dapat dipenuhi, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan komitmen untuk menghantar kesemua mereka sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Katanya, tahun ini, pihaknya ada tambahan jemaah daripada majlis guru besar dan pengetua, pesara kerajaan dan majlis agama Islam negeri dimana ia dimulakan di peringkat negeri Pahang terlebih dahulu. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *