Home » Langit Terbuka » Lebih 50 Buah Rumah Warga Palestin Diancam Roboh

Lebih 50 Buah Rumah Warga Palestin Diancam Roboh

Tentera Israel dakwa rumah tiada permit pembinaan Israel

GAZA – Tentera rejim pengganas Israel mengancam akan merobohkan lebih daripada 50 rumah warga Palestin di bahagian utara Tebing Barat, lapor media tempatan.

Rejim Tel Aviv itu dilaporkan akan merobohkan rumah di kampung Beit Dajan, yang terletak di timur Nablus kerana mendakwa ia tidak memiliki kebenaran pembinaan Israel.

Datuk Bandar, Nasir Abu Jaish mengesahkan bahawa tentera Israel telah menyerahkan notis kepada penduduk tempatan memberitahu mereka bahawa sekurang-kurangnya 51 buah rumah akan dirobohkan dalam tempoh 60 hari kerana tiada permit pembinaan Israel.

Rumah-rumah itu terletak di kawasan yang dipanggil C di Tebing Barat, yang merangkumi kira-kira 61 peratus wilayah dan berada di bawah kawalan penuh tentera Israel.

Mohammed Abu Jaish, penduduk setempat yang keluarganya tinggal di kawasan itu berkata, “Kami menerima notis untuk merobohkan rumah beberapa minggu yang lalu, mendakwa ia terletak di atas tanah yang diperuntukkan kepada aktiviti ketenteraan, walaupun ia adalah harta swasta,” katanya.

Dia berkata, nasib yang sama turut mengancam saudara perempuannya dan sepupu.

Selain itu, pihak berkuasa Israel juga turut menyampaikan notis pengosongan rumah kepada lebih daripada 20 keluarga Palestin di kawasan Lembah Jordan di utara Tepi Barat yang diduduki, untuk memberi ruang bagi latihan ketenteraan.

Penduduk Palestin Lembah Jordan kerap menghadapi pemindahan dan gangguan akibat latihan tentera Israel di tanah mereka.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Israel tela meruntuhkan rumah Palestin di wilayah yang diduduki untuk membina ruang bagi tenteranya.

Malah, tentera Israel kini boleh melaksanakan perintah merobobohkan rumah di Kawasan C di Tebing Barat hanya beberapa hari selepas dikeluarkan. – AGENSI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *