Home » Langit Terbuka » Laungan azan Tokoh Maal Hijrah berkumandang di Palu

Laungan azan Tokoh Maal Hijrah berkumandang di Palu

Kamarudin yang juga Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, melaungkan azan sebaiknya masuk waktu Zohor kira-kira jam 11.45 pagi waktu tempatan di bangunan milik Sekolah Menengah Agama Al-Quran Karisma

PALU  – Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2018, Kamarudin Abdullah, hari ini melaungkan azan zohor dari sebuah bangunan di sekitar kawasan perumahan di sini.

Di sebalik kekangan beberapa masjid di daerah Palu yang tidak mampu melaungkan azan menggunakan pembesar suara ekoran kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada 28 September lepas, kelantangan laungan azan pendakwah terkenal itu memecah keheningan suasana di Palu.

Kamarudin yang juga Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), melaungkan azan sebaiknya masuk waktu Zohor kira-kira jam 11.45 pagi waktu tempatan di bangunan milik Sekolah Menengah Agama Al-Quran Karisma, yang ditinggalkan tidak berpenghuni pasca tragedi gempa bumi dan tsunami.

Beliau kemudian menjadi imam kepada jemaah yang terdiri daripada sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di bangunan yang sama.

Bangunan sekolah agama itu kini dijadikan markas operasi dan penempatan pasukan misi kemanusiaan Mapim seramai 40 sukarelawan termasuk Kamarudin yang mewakili IPSI.

Mengikut penduduk setempat, bangunan sekolah agama berkenaan dikosongkan sebaik berlaku gempa di Palu, dengan ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar dipanggil mengambil anak mereka pulang ke rumah.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami itu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *