Home » Citra Yadim » Latihan Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah

Latihan Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah

LATIHAN Asas Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM (SAY) Zon Tengah melabuhkan tirainya hari ini (9 Julai) untuk 50 peserta yang menyertainya.

Sepanjang dua hari menjalani latihan, para peserta diberi pendedahan asas kesukarelawanan menerusi modul dalam dan luar kelas seperti kemandirian, pengurusan bencana dan sesi kawad.

Mereka turut diberi pengisian kerohanian oleh Daie Muda YADIM, Ali Azfar Khairul Faiz.

Turut sama terlibat ialah jurulatih SAY YADIM, Encik Ahmad Anuar Yaman, Pegawai Kejurulatihan Angkatan Pertahanan Awam Hulu Langat, Puteri Nurul Syafinaz Norul Azman dan Mohd Shermi Omar.

Perasmian penutup program disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *