Home » Langit Terbuka » Lapan pengebom bunuh diri mahu serang Putrajaya, Bukit Jalil ditahan

Lapan pengebom bunuh diri mahu serang Putrajaya, Bukit Jalil ditahan

KUALA LUMPUR, 7 Sept.  – Beberapa individu yang dipercayai menjadi anasir kumpulan militan IS serta dilatih sebagai pengebom bunuh diri dilaporkan telah ditahan oleh Bahagian Antikeganasan Bukit Aman.

Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sedang menangani isu itu berdasarkan risikan terbaru.

“Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia yang pulang dari Syria untuk melancarkan serangan bagi pihak kumpulan itu.

“Mereka cuba memasuki negara ini melalui pelbagai cara, cara biasa atau menggunakan laluan haram, tetapi berjaya diberkas polis yang memantau pergerakan itu.

“Dua daripadanya merancang menyerang Putrajaya manakala selebihnya mahu menyerang tempat pertemuan Freemason di Bukit Jalil dengan bahan letupan,” katanya lapor NST.

Beliau memaklumkan bahawa seorang remaja 18 tahun antara ditahan. Dia dikatakan mempunyai beratus-ratus jam pengalaman berlawan dengan rejim Syria.

Susulan tindakan keras Syria terhadap kumpulan pengganas, Ayob menjangkakan lebih ramai anggota IS akan pulang ke negara masing-masing, termasuk Malaysia.

Sumber : Ismaweb

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *