KUANTAN – Membesarkan dua anak kecil tanpa suami dan pada masa yang sama menjaga ayah yang mengidap Parkinson bukan satu tugas mudah. Namun itulah yang dihadapi oleh Norlizawati Yazid di Bukit Setongkol di sini.
Bagi meringankan sedikit beban ibu tunggal yang masih mencari pekerjaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 24 Jun telah menyampaikan empat pek lampin pakai buang dan dua pek susu formula bagi kegunaan selama sebulan kepadanya.
Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Pahang, Ustazah Sharifah Fatin Addina kepada Norlizawati di kediamannya. Hadir sama Nurul Aisyah Azman, Pembantu Tadbir YADIM Pahang.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu penerimanya.
KOMEN