Home » Langit Terbuka » Lagi tarikan untuk jemaah haji, umrah: Muzium papar kehidupan Nabi Muhammad di Madinah

Lagi tarikan untuk jemaah haji, umrah: Muzium papar kehidupan Nabi Muhammad di Madinah

Foto : https://www.arabnews.com/

MADINAH 10 Jan. – Beberapa buah muzium peribadi sudah dibuka di Madinah, sejak Suruhanjaya Saudi mula mengeluarkan lesen.

Di Muzium Dar Al-Madinah, para pengunjung dan pengkaji boleh mempelajari tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, ketamadunan Islam dan kebudayaan bandar Madinah.

Ia merupakan “muzium pertama dan paling besar khusus bagi sejarah dan warisan budaya Madinah serta mercu tanda kehidupan Nabi Muhammad SAW,” Pengarah Eksekutif, Hassan Taher memberitahu Arab News.

Muzium itu, yang menawarkan empat dewan, menerbitkan makalah-makalah khusus mengenai sejarah dan mercu tanda Madinah. Malah ia turut mengadakan seminar dan forum dalam bidang yang sama, lapor Arab News.

Dewan yang memaparkan tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW termasuk koleksi lukisan dan gambar-gambar Madinah, yang jarang dilihat, serta koleksi unik sejarah Islam.

Sebuah lagi dewan pula terdiri daripada halaman di mana para pengunjung boleh menikmati alam semula jadi dan seni bina purba Madinah.

Muzium itu dijaga oleh “para kakitangan berkemahiran tinggi dan berpengetahuan yang berupaya berkomunikasi dengan orang ramai berdasarkan sumber-sumber yang sudah diarkib dan bahan-bahan rujukan saintifik sebenar,” katanya.

Pasukan tersebut merangkumi kakitangan yang boleh bertutur dalam tujuh bahasa, termasuk Arab, Inggeris, Turki dan Urdu, tambah beliau.

Para pengunjung termasuk para penduduk Madinah, jemaah haji dan umrah, pegawai delegasi, keluarga, mahasiswa universiti, pelajar sekolah dari dalam dan juga luar bandar, ujar beliau.

Muzium tersebut terletak di Abdul Aziz Road di Madinah Knowledge Economic City, lapor Arab News. – Agensi berita/NK/nk

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *