Home » Citra Yadim » Kursus Pengurusan Jenazah YADIM Kedah/Perlis

Kursus Pengurusan Jenazah YADIM Kedah/Perlis

PENGURUSAN Jenazah adalah Fardhu Kifayah yang seharusnya dipelajari oleh semua umat Islam. Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila berlaku kematian ianya akan diurus oleh imam atau badan khairat kematian.
Untuk itu, YADIM Kedah/Perlis dengan kerjasama Hospital Kulim telah menganjurkan kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau Hospital Kulim pada 12 September yang disertai 35 peserta kakitangan hospital.
Kursus dijalankan dengan terperinci secara teori dan praktikal oleh Ustaz Raqib Ismail, Pegawai Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang berpengalaman luas, serta pernah terlibat dengan pengurusan jenazah tragedi pesawat MH17.
Ucapan perasmian program telah disampaikan oleh Pengarah Hospital Kulim, Dr. Mohd Ruhaifi Ali. Hadir sama ialah Pengerusi inisiatif Hospital Mesra Ibadah Hopsital Kulim, Dr. Azrul Nizam Md. Daud.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *