YAN – Pengetahuan untuk menguruskan jenazah sewajarnya dimiliki semua, bukan sekadar badan khairat kematian semata mata.
Cakna dengan itu, pada 18 Jun YADIM Kedah telah menganjurkan program Pengurusan Jenazah Wanita di Masjid Ahmadiah, Yan, Kedah yang bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu ini untuk masyarakat.
Seramai 50 peserta wanita telah menyertai kursus selama setengah hari ini, yang disampaikan oleh Ustazah Sabariyah Salleh, pesara Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Kursus ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendedahan taklimat teori.
Selesai pengisian teori, peserta juga menjalani latihan praktikal menguruskan jenazah bertujuan memberi pendedahan sebenar.
Turut bersama Tn. Haji Rosli Harun, Pengerusi Masjid Ahmadiah dan wakil wakil komuniti di Yan.
KOMEN