SEREMBAN – Seramai 50 peserta menyertai kursus pengurusan jenazah anjuran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Kampung Bemban di sini.
Pengerusi Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan, Abdul Latif Mohd Yunus telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam kursus pada 27 Disember ini.
Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan jenazah termasuk latihan amali.
Mereka juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berlatih mengapankan.
Kursus ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian program Bulan Dakwah YADIM Negeri Sembilan.
KOMEN