JALUR Pendidikan kekal menjadi salah satu pendekatan dakwah yang menjadi keutamaan YADIM.
Bertempat di Madrasah Al Akhlakiah, Bagan Serai, Perak, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Takmir Pendidikan ABIM telah menganjurkan Kursus Kenegaraan Madani kepada 80 orang pendidik sekolah-sekolah ABIM Negeri Pulau Pinang pada 11 hingga 13 Februari.
Sepanjang kursus, para pendidik telah mengikuti modul-modul berkaitan aplikasi teras Madani dalam institusi pendidikan seperti kedudukan Islam dalam perlembagaan, adab perbezaan pendapat selain sesi bengkel pelaksanaan nilai Madani dan Al Hikmah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Terlibat sama dalam kursus ini ialah Ketua Pengarah Takmir Pendidikan ABIM, Haji Musleh Yunos, Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fadzil Alias, Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Dr. Mohd Azhar Bahari dan Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM, Dr. Shereeza Muhamad Saniff.
Turut serta ialah Pengarah Bahagian Kurikulum Takmir Pendidikan ABIM (TPA), Puan Hajjah Nor Azza Ibrahim serta para jurulatih TPA.
KOMEN