Home » Citra Yadim » Kursus Daie YADIM Sarawak

Kursus Daie YADIM Sarawak

KUCHING – Kursus Daie YADIM Sarawak kini berlangsung pada 10 hingga 13 September bertempat di Kuching. Seramai 18 orang bakal daie daripada 50 pemohon telah terpilih menyertai kursus ini.

Ia mendapat kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Universiti Malaysia Sarawak.

Antara objektif kursus ini ialah melahirkan seorang daie yang berkualiti, berdaya saing dan bersemangat tinggi walaupun ditempatkan di kawasan pedalaman.

Sepanjang terlibat dengan kursus ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian seperti sesi silang budaya, kemahiran komunikasi serta teknologi dakwah.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Alwi Mursidi.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Duat YADIM, Puan Rohaizah Jawahir, Pengarah YADIM Sarawak, Encik Awang Dulhadi  Awang Mat, serta para pegawai mereka, Encik Zam Zarizal Mad Arifin, Encik Am Iskandar Masnan serta Encik Ramzi Razak.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *