Home » Citra Yadim » Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan.

Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini.

Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan alat muzik Angklung yang kini sering digunakan dalam persembahan nasyid.

Ahli kumpulan nasyid Nowseeherart, Idzhar Jumali bertindak selaku jurulatih dalam sesi ini yang diadakan pada 21 September.

Berlatih menggunakan alat muzik tersebut, merupakan pengalaman baharu untuk para peserta peserta kursus ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *