PUTRAJAYA – Selepas Penasihat Presiden, hari ini (14 Ogos) giliran tokoh pemikir Islam dari Mesir, Shaykh Ahmed Hussein Al Azhary pula mengunjungi ibu pejabat YADIM di Putrajaya.
Bukan sekadar bersilaturrahim, beliau turut menghabiskan masa hampir dua jam menyampaikan tausiah kepada kakitangan badan dakwah ini.
Shaykh Ahmed banyak menyentuh mengenai adab-adab perbezaan pendapat, pemikiran dan tatasusila.
Antara yang ditekankan beliau termasuklah seruan supaya khalayak ramai tidak memberi gelaran dan segera membuat penghakiman kepada orang lain yang mengikut perasaan sendiri.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi inisiatif untuk mengajak golongan Lesbian, Biseksual, Trangender dan Queer (LBGTQ) kembali ke jalan yang benar.
Menurutnya bagi mendekati mereka, ia hendaklah dijalankan penuh hikmah dan secara lembut, bukannya menghukum terus, sebaliknya perlu membetulkan fahaman mereka terhadap LBGTQ itu sendiri.
Badan dakwah ini pada 21 Julai lalu menerima kunjungan Penasihat Presiden Mesir, Al Allamah Sheikh Dr Usamah Sayyid Al Azhari. Selain beramah mesra dan bertukar pandangan dengan pengurusan YADIM, beliau turut menyampaikan tausiah kepada kakitangan YADIM.
KOMEN