PEJABAT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menjadi lokasi terbaharu dikunjungi sekretariat Akademi Daie Muda YADIM (ADMY).
Kunjungan bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan penempatan pelatih ADMY 2025 itu berlangsung pada 13 Februari di pejabat rakan badan bukan kerajaan itu di Gombak, Selangor.
Ia telah dipengerusikan oleh Presiden PKPIM sendiri, Encik Muhammad Dzul Aiman Zulkifly. Turut hadir ialah Timbalan beliau, Encik Haakim Azman serta pegawainya yang lain.
Hadir bagi pihak YADIM ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Du’at, Ustaz Muhammad Ashraf Ab Malek serta pegawai bahagian tersebut.
Sekretariat ADMY sebelum ini telah mengadakan perbincangan yang sama dengan beberapa pihak lain seperti HALUAN dan IKRAM bagi memantapkan perjalanan ADMY 2025.
KOMEN