PUTRAJAYA – YADIM mengalu alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama yang akan membawa manfaat untuk pelbagai lapisan komuniti di negara ini.
Baru baru ini ia menerima kunjungan daripada Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah, Â Sungai Besar pada 10 Februari. Selain sesi dialog, mereka juga berhasrat membincangkan mengenai amali dakwah pelajar kolej berkenaan.
Kunjungan mereka diketuai oleh Pengarah Bahagian Koperasi dan Perniagaan KPTI, Ustaz Rasid Jusoh yang mengadakan perbincangan bersama YADIM yang diwakili oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat.
YADIM menyambut baik hasrat KPTI yang menyatakan minat untuk turut serta dalam program program badan ini.
Semoga lebih banyak jalur kerjasama  boleh diterokai bersama melibatkan kedua pihak pada masa akan datang.
KOMEN