PELBAGAI Pengisian melestari gerakan dakwah di Pulau Pinang oleh YADIM, mendapat reaksi positif daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.
Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi pada 19 September menerima kunjungan YADIM, diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dengan tujuan memberi taklimat mengenai gerak kerja dakwah khususnya di negeri Pulau Pinang.
Tertarik dengan inisiatif YADIM,beliau menyarankan badan dakwah ini menggerakkan program dakwah secara progresif bagi menyebar luaskan lagi usaha dakwah.
Pertemuan yang asalnya dijadualkan selama satu jam berpanjangan hingga lebih dua jam kerana bukan sekadar memberi maklum balas, malah beliau menambah baik cadangan-cadangan program yang diutarakan.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias.
YADIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi atas pandangan dan idea yang dicambahkan serta kesudian menerima kunjungan badan dakwah ini.
KOMEN