Home » Citra Yadim » Kunjungan ke Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian

Kunjungan ke Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian

KUALA KRAI – Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian di sini tidak dinafikan adalah antara pondok pengajian Islam yang terkemuka di negeri Kelantan.

Ketika ini pendakwah terkenal, Dato Dr Abd Basit Abd Rahman merupakan Musyrif atau penyelia kepada pusat pengajian Islam terkenal ini.

Pada 22 Januari, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz yang sedang dalam rangka kerja penyampaian sumbangan pasca banjir di Kelantan telah meluangkan masa melawat pondok ini bagi bertemu dengan Abd Basit.

Pertemuan selama kira kira setengah jam itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim serta pengurusan kanan badan dakwah ini.

Dalam pertemuan di kediaman Abd Basit di pondok ersebut, Nik Omar mengambil kesempatan menerangkan perancangan gerak kerja YADIM yang sedang berjalan serta program program akan datang seperti Multaqa Ulama Antarabansga yang dijadualkan pada September nanti.

Nik Omar turut menjemput beliau sebagai ahli panel dalam sidang selari dalam multaqa itu nanti kerana diyakini boleh memberi input pada majlis itu, sesuai dengan pengalaman luasnya dalam bidang dakwah.

Pada masa yang sama, Abd Basit turut dijemput hadir ke YADIM untuk memberi buah fikiran dan pandangannya terhadap program program YADIM yang sedang berjalan seperti Daie Muda YADIM dan Rakan Siswa YADIM.

Abd Basit yang juga dikenali sebagai Abu Anas Madani merupakan seorang bekas ahli panel Majlis Perundingan Islam Malaysia lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2016 hingga 2018 dan pensyarah di Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Baharu.

Beliau juga pernah bertugas membimbing jemaah haji dan umrah selain kerap muncul dalam pelbagai forum, seminar serta rancangan agama di televisyen.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *