JELI – Sempena kehadiran tahun 2022 YADIM Kelantan telah mengambil kesempatan bertemu dengan pelbagai agensi agama di negeri ini bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama baharu.
Dalam lawatan kepada Pegawai Agama Jajahan Jeli pada 17 Januari, YADIM Kelantan yang diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang mengadakan perbincangan sambil menerangkan gerak kerja badan dakwah ini kepada beliau.
Menerusi pertemuan ini, Ustaz Haji Mahadi juga menawarkan kerjasama antara YADIM dengan pihak Pejabat Agama Jajahan Jeli.
Inisiatif dan tawaran YADIM Kelantan itu disambut baik oleh Pegawai Agama Jajahan Jeli Ustaz Mohd Ibrisam Jalaluddin.
KOMEN