Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat YADIM ke Masjid Istiqlal

Kunjungan hormat YADIM ke Masjid Istiqlal

IKON Kota Jakarta, Masjid Istiqlal menjadi lokasi seterusnya program YADIM di Jakarta.
Kunjungan hormat YADIM ke masjid ini pada 25 September, disambut sendiri oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, Prof. Dr K.H Nasaruddin Umar H.A. dan barisan pegawai masjid.
Mengalu alukan kedatangan YADIM, beliau berharap agar kelak pelbagai kerjasama memperkasa umat dan dakwah dapat dijalankan.
Ujarnya, sewajarnya agensi agama negara-negara Islam bekerjasama menunjukkan kebijaksanaan Islam kepada masyarakat dan giat memberi penerangan mengenai keindahan agama ini.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Bashir Mohamad Al Azhari yang mengetuai kunjung hormat YADIM ini dalam ucapan balasnya, menjemput Masjid Istiqlal untuk bekerjasama dengan YADIM dalam beberapa bidang seperti melahirkan pendakwah muda.
Menurutnya, kemudahan YADIM seperti Institut Latihan Dakwah YADIM di Sungai Semungkis, Hulu Langat boleh diwujudkan bersama untuk tujuan itu.
YADIM juga katanya, yang menjadi platform siri kuliah agama oleh ilmuan dan ulama Islam besar dunia sangat berminat menjemput tokoh-tokoh dari Indonesia bagi tujuan itu.
Selesai sesi perbincangan, delegasi YADIM juga dibawa mengunjungi ruangan solat utama masjid dan bahagian tumpuan utama pengunjung.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah Kanan Sektor Perancangan Strategik dan Media YADIM, Puan Zalilah Bahari serta Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali.
Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia.
Ia boleh memuatkan hingga 200,00 jemaah pada satu satu masa dan bukan sekadar berfungsi sebagai rumah ibadah, malah menjadi pusat pendidikan, ekonomi dan sosial untuk umat Islam di Jakarta.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *