Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

YADIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memperkukuh hubungan dan merangka kerjasama dengan pihak berkuasa agama tersebut.
Lawatan kepada Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 18 Julai itu, YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus juga bertujuan memperkenalkan pegawai pegawai yang baharu dilantik di negeri tersebut.
Tidak ketinggalan berkongsi gerak kerja, kedua pihak saling bertukar pandangan mengenai bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara keduanya.
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz juga mengambil peluang menekankan kepentingan penyelarasan fokus antara agensi Islam di Selangor khususnya melibatkan badan bukan kerajaan agar tidak berlaku tindanan dan lambakan program yang sama.
Tambahnya, inisiatif juga perlu diambil untuk meneruskan bimbingan bagi muallaf dan pembangunan Orang Asli dalam berdakwah selain menumpukan kepada pengukuhan akidah umat Islam.
Dalam pertemuan ini, MAIS juga memberi penerangan tentang kaedah bagi para Du’at atau Zumalah Dakwah YADIM memohon tauliah secara dalam talian yang baharu diperkenalkan.
Turut hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares dan Penolong Pegawai YADIM Selangor, Encik Muhammad Najmi Mohd Solihin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *