PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini.
Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan tertinggi badan dakwah ini.
Hadir bersama Yahya ialah Pengarah Pengurusan Fiqh Council of Australia, Ustaz Ahmed Hassan dan Dr Ezziddin Abi Sardaneh.
Kunjungan para ilmuwan Islam tersohor ini adalah sempena penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 21 Disember ini.
Ketiga tiganya meluangkan masa lebih dua jam di badan dakwah ini mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu Islam semasa.
Sementara itu terdahulu pada hari yang sama, YADIM turut menerima kunjungan dua orang wakil dari Turki yang turut serta dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 nanti.
KOMEN